Sunday 31 January 2016

Pengenalan

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga, kita tantunya bertuah memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak, adik dan sebagainya.

Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Tuhan yang dapat menikmati kebahagiaan itu.


Dalam sebuah keluarga, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dan melaksanakan tugas sebagai pemimpin keluarga.


Definisi Keluarga Bahagia

Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu KELUARGA memberi  maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti. 

Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.







Institusi keluarga sangat penting untuk:
-membina keluarga yang untuk penyayang bahagia dan sejahtera.
-Pengurusan yang menetap dari segi jasmani dan rohani.
-Pemantapan nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

Aktiviti Institusi kekeluargaan:
-Program lawatan kebajikan bagi mewujudkan kesedaran dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan
-Aktiviti gotong-royong.
-Rekreasi dan riadah yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.



Friday 29 January 2016

Ciri-Ciri Keluarga Sihat


    

Kepentingan keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat. Sebuah keluarga yang sihat dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, fizikal dan psikologi secara optima disamping mengutamakan kesihatan ahli-ahli.

  • Menginap dalam rumah yang sempurna dan selesa.
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya.
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif.
  • Mengamalkan nilai agama moral.
  • Memupuk sokongan sosial.
  • Beriadah bersama.
  • Mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi.
  • Mengamalkan cara hidup yang sihat tanpa melibatkan diri dalam gejala sosial.

Cara-Cara Menjana Keluarga Bahagia




  • Tanggungjawab pasangan suami isteri. Suami isteri masing-masing mempunyai peranan dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati kalau ada sebarang masalah.                                                                      
  • Berkomunikasi antara satu sama lain. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.     
  • Menyelesaikan konflik secara bersama atau rasional. Luahkan segala masalah yang dihadapi dan berbincang secra terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara yang baik.                         
  • Sikap sabar dan tabah. Sikap ini perlu ada dalam diri setiap insan. Suami isteri perlu bersabar dengan kelemahan pasangan masing-masing dan sentiasa beri sokongan antara satu sama lain.

Tuesday 26 January 2016

Ciri-ciri keluarga Sejahtera


1. Dapat menyempurnakan rukun-rukun keluarga 

-rumahtangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yang menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab.

2. Dapat memainkan peranan 

-sebagai institusi mendidik anak-anak sehingga mereka menjadi generasi yang penyayang dan baik dalam semua segi.

3. Saling hormat-menghormati

-dalam hidup berkeluarga, sikap ini penting bagi mengekalkan pertelingkahan dan perbalahan sesama ahli keluarga.

4. Sikap bertimbang rasa

-hal ini perlu dititk beratkan kerana sikap bertimbang rasa ini akan melahirkan ahli keluarga yang mengambil berat antara satu sama lain.

Peranan ibubapa untuk membentukkan keluarga bahagia


Sebagai seorang ibu bapa hendaklah menunjukkan dan mempamerkan contoh yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka. Keluarga yang menginginkan kebahagiaan juga hendaklah mengamalkan sifat-sifat yang baik dan mulia.

1. Ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak.

--kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain putih yang suci harus diwarnakan oleh ibu bapa. Anak-anak merupakan golongan yang paling memerlukan perhatian dan sokongan dalam membentuk peribadi yang sempurna.
--Sebagai contoh, kerajaan telah mengisytiharkan hari Sabtu sebagai cuti umum manakala pihak swasta telah memberi pelepasan kepada pekarja pada Sabtu pertama setiap bulan. Ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak pergi berkelah atau melawat tempat-tempat bersejarah di negara kita. Aktiviti-aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan antara ahli keluarga dan membentuk keluarga yang penyayang di samping memberikan tempat untuk anak-anak meluahkan isi dan hati mereka.

2. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak.

-- kerana ibu bapa merupakan guru yang pertama dan paling penting dalam kehidupan anak-anak.
--Sebagia contoh, bapa perlu berinteraksi dengan sopan dan lemah-lembut dengan isteri dan anak-anak. Ibu bapa perlu saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain. Apabila anak-anak  melihat kebahagiaan antara kedua-dua orang ibu bapa, mereka akan meneladani sikap baik itu kerana bapa borek, anak rintik. Ekoran daripada itu, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali yang baik supaya anak-anak akan mengikut jejak langkah melahirkan keluarga yang bahagia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang penyayang.

3. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral sejak kecil 

--bagai meletur buluh biarlah daripada rebungnya. Pembentukan keluarga yang bahagia adalah sama seperti membina bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya disapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan keluarga bahagia yang mesti dumulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama yang kukuh.
--sebagai contoh, ibu bapa perlu mangajar anak-anak mengejarkan solat dan mendirikan ibadat. Selain itu, ibu bapa perlu mengalakkan anak-anak mendalami buku-buku agama sehingga mengenal erti agama dan Tuhan. Persefahaman dan perasaan tolak ansur dan kesabaran sesama ahli keluarga akan dibentuk. Jika setiap ahli keluarga disemai dengan semangat agama yang lulur, tentulah keluarga yang bahagia dapat dilahirkan.

Pengajaran / Kesan daripada topik

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada topik ini ialah keluarga merupakan aspek yang paling penting dalam sesebuah keluarga. Kita hendaklah memainkan peranan penting untuk melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Pengajaran yang terdapat daripada topik ini ialah kita perlu mempunyai sikap kasih sayang terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Akhirnya,setiap manusia perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Tanpa kerjasama setiap anggota keluarga impian untuk melahirkan keluarga bahagia tidak akan dicapai.



Rujukan




Kesimpulan




Konklusinya, sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Sesebuah keluarga yang kita biasa dengar Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku akan wujud dengan lahirnya keluarga yang bahagia. Jika sebuah keluarga itu mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi. Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.